KESIHATAN GIGI DI SEKOLAH
KONSEP
& MATLAMAT
Diperkenalkan pada tahun 1985.
Bertujuan utk memastikan
murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka
tamat zaman persekolahan.
Jururawat pergigian bertanggungjawab
memeriksa dan merawat murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan
pengawasan doktor pergigian.
3 cara bagaimana perkhidmatan ini dilaksanakan:
a) Klinik pergigian
sekolah
b) Pasukan
pergigian bergerak
c) Klinik pergigian
bergerak
4 jenis gigi :
a) Gigi taring
b) Gigi seri
c) Gigi garaham
kecil
d) Gigi garaham
GIGI TARING
Gigi taring adalah gigi yang memilki satu
akar dan memiliki fungsi untuk mengoyak makanan atau benda lainnya.
GIGI SERI
Gigi seri adalah gigi yang memiliki satu akar yang
berfungsi untuk memotong dan mengerat makanan atau benda lainnya.
GIGI GARAHAM KECIL
Gigi geraham kecil adalah gigi yang punya dua akar
yang berguna / berfungsi untuk menggilas dan mengunyah makanan atau benda
lainnya.
GIGI GARAHAM
Gigi geraham adalah gigi yang memiliki tiga akar
yang memiliki fungsi untuk melumat dan mengunyah makanan atau benda-benda
lainnya.
STRUKTUR GIGI
GIGI KANAK-KANAK
Bermula sebelum lahir lagi.
Seawal-awal 4 bulan, gigi susu, atau
gigi yang akan berganti, akan tumbuh.
Biasanya, ke semua 20 batang gigi susu ini
akan tumbuh pada umur 3 tahun, sungguhpun perkembangan dan susunannya
berbeza.
Gigi kekal mula tumbuh sekitar
umur 6 tahun.
Proses ini akan berterusan sehingga lebih kurang
umur 21 tahun.
PENYAKIT-PENYAKIT MULUT
a) ULSER DLM MULUT
Sebahagian besar rakyat Malaysia mengalami ulser
aftus berulang.
Ulser aftus boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:-
Ulser aftus bertulang minor.
Ulser aftus bertulang major
Ulser aftus bertulang herpetiform
b) BENGKAK-BENGKAK
DLM MULUT
Keadaan ini merupakan lesi-lesi (perubahan tuar
biasa) yang berpedunkel (bertangkai) atau sesil (tidak bertangkai).
Granuloma
piogen
Granuloma
set raksaksa peri-feri
Polip
fibro-epitelium
Hiperplasiadentur
c) KANSER MULUT
Penyakit mulut yang meliputi bibir, lantai mulut,
bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Ia mengganggu fungsi seseorang untuk
makan, bercakap, bernafas, menelan dan menanggung kesakitan
Lebih 90% kes kanser mulut melibatkan pada lapisan
luar mukosa mulut.
PUNCA PENYAKIT
Tabiat menyunyah sirih bercampur pinang atau
tembakau
Tabiat mengunyah tembakau sahaja
Merokok
Minum minuman keras
Penghidap HIV dan siflis
Mereka yang berumur 40 tahun ke atas
Genetik
KAEDAH PENCEGAHAN
Berus gigi
sekurang-kurangnya dua kali sehari
Berus gigi selepas sarapan dan sebelum tidur
Berus gigi menggunakan teknik yang betul
Lakukan sekurang-kurangnya dua ke tiga
minit
CARA-CARA MENCEGAH NAFAS
BERBAU
Berus gigi sekurang- kurangnya dua kali sehari
Gunakan alat khas untuk membersihkan
lidah
Kunyah dengan gula-gula getah tanpa gula
Gunakan ubat kumur yang bersesuaian dengan
keperluan anda
Berhenti merokok dan kurangkan pengambilan minuman
beralkohol
Lakukan pemeriksaan kesihatan pergigian setiap
enam bulan
DEMAM DENGGI
PENGENALAN
Disebabkan oleh
jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes
betina.
Tersebar melalui gigitan
nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.
Virus Denggi akan
terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari)
sebelum menunjukkan tanda-tanda.
Pesakit mungkin akan
mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak
khusus
TANDA & GEJALA
Peringkat permulaan
Demam denggi bermula
dengan demam mengejut
sakit kepala
sakit di belakang bebola
mata
sakit sendi dan otot (myalgias
dan arthralgias)
sakit pinggang yang
teruk
Peringkat radang
Bintik-bintik merah
terang & berkemungkinan terdapat gastritis
Pesakit juga boleh
mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes
luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik
berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada
akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic).
Bilangan sel darah
pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam
Kehilangan bendalir
plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third
space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya)
Pesakit terdedah kepada
renjatan dan risiko perdarahan.
2 jenis denggi yang
paling berat iaitu
a)
Demam Hemoragik Denggi
(DHF)
b)
Sindrom Kejutan Denggi
(DSS).
Kes DHF juga menunjukkan
demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration.
Sebahagian kecil kes
membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS
yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.
DIAGNOSIS
Diagnosis denggi
kebiasaannya dibuat secara klinikal.
Gambaran klasik adalah
demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia
dan kemungkinan leukopenia.
Kajian serologi dan PCR
(polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi
sekiranya diperlukan secara klinikal.
RAWATAN
Rawatan utama adalah
terapi sokongan.
Pesakit digalakkan untuk
mengekalkan makan, terutamanya minum air.
Sekiranya pesakit tidak
mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan
Pemindahan darah mungkin
diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.
KAWALAN DAN PENCEGAHAN
Pengawasan vektor
a) Pengawasan
vektor bertujuan untuk mengawasi jumlah dan juga paras kepadatan nyamuk Aedes.
b) Di setiap rumah
semua bekas di dalam dan di luar rumah diperiksa sama ada terdapat air dan
jentik-jentik atau tidak.
Kawalan ketika berlaku wabak Demam Denggi
a) Semburan kabus
racun serangga
b) Tujuan semburan
- untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus denggi.
c) Jenis semburan:
i. Apabila berlaku
satu kes demam denggi, semburan kabus dijalankan seluas 200 meter sekeliling
rumah pesakit dengan mesin 'Thermal Fogger'.
ii. Apabila berlaku
wabak denggi, seluruh lokaliti berkenaan dibuat semburan kabus dengan
menggunakan mesin ' Ultra Low Volume' yang diletakkan di atas kenderaan.
d) Masa semburan
i. Semburan
dijalankan pada awal pagi dan petang
e) Kekerapan semburan
i. Semburan kabus
pertama dilakukan dalam masa 24 jam selepas dikesan.
ii. Semburan kedua
pada hari ke 7-10 berikutnya.
Langkah yang perlu diambil semasa aktiviti
semburan
a) Semburan kabus 'thermal'
i. Semasa proses
penyemburan penghuni hendaklah mengosongkan premis mereka termasuklah binatang
peliharaan.
ii. Menutup semua
tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu hadapan.
iii. Membuka semua
pintu bilik dalam rumah.
iv. Menutup atau
menyimpan bahan makanan dalam peti sejuk atau almari.
v. Mematikan api
dapur gas dan menutup balang gas atau apa-apa bahan yang mudah terbakar.
b) Semburan kabus 'ultra low volume'
i. Elakkan diri
dari terdedah dan menyedut kabus semburan.
ii. Jaga kebersihan
diri dengan mencuci tangan, membasuh muka dan menukar pakaian jika perlu.
iii. Dapatkan rawatan
perubatan jika disyaki mengalami keracunan oleh racun serangga.
Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk
a) Memusnahkan atau
mengurangkan sebanyak mungkin berbagai-bagai bekas dan tempat vektor menetap
dan berkembang biak.
b) Mengurang atau
mengelakkan menyimpan air dalam takungan-takungan seperti tong deram, tempayan,
kolam simen dan lain-lain.
c) Mencampurkan
Abate ke dalam semua bekas yang digunakan untuk menyimpan air. Mencampur garam
atau minyak tanah ke dalam perangakap semut yang terdapat di dalam rumah.
d) Membersihkan
rumput, lalang dan semak di tanah-tanah lapang akan memusnahkan tempat nyamuk
menetap dan berehat.
Undang-undang dan akta
a) Akta Pemusnah
Serangga Pembawa Penyakit telah disahkan pada tahun 1975.
b) Jika mahkamah
mendapati pemilik atau penghuni bersalah pada kali pertama, denda maksimum
RM1000 atau penjara maksimum 3 bulan atau kedua-duanya sekali. Pada kesalahan
kedua, denda maksimum sebanyak RM 2000 atau hukum penjara maksimum 1 tahun atau
kedua-duanya sekali.
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH
Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) dilancarkan pada
tahun 1968.
Merupakan satu rancangan kebangsaan yang bersepadu
di antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
Objektif RKS:
Menilai dan menafsir taraf kesihatan murid
Rawatan penyakit/ kecemasan kepada murid
Kerjasama yang erat antara sekolah dan masyarakat
Menggalakkan hidup sihat
Mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berjangkit
Mengendalikan pendidikan kesihatan dan pemakanan
Aktiviti RKS:
Pendidikan Kesihatan
Hidup Sihat Di Sekolah
Kerjasama Antara Sekolah dan Masyarakat Untuk
Kesihatan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Kantin Sekolah.
PROGRAM BERSEPADAU SEKOLAH SIHAT
Pengenalan
Malaysia secara khusus telah mengalami banyak
perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit.
1996, ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting
School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak,
Selangor dan Terengganu.
Persidangan " HPS " yang telah diadakan
pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi
nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS )
Rasional
Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia
ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu
Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan
yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah
Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu
yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya
Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan
kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu
kesihatan
Matlamat
Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang
selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.
Misi
Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan
kesihatan.
Visi
Generasi yang berilmu, sihat dan progresif.
Objektif
Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah
yang bersih, ceria , selamat dan sihat
Membina satu persekitaran sosial sekolah yang
menggalakkan amalan cara hidup sihat
Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di
dalam program kesihatan sekolah
Menilai taraf kesihatan murid
Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan
keperluan dan masalah kesihatan murid
Memberi penjagaan / rawatan kecemasan terhadap
penyakit-penyakit di sekolah
Teras utama
Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber
mempromosikan kesihatan
Persekitaran Fizikal Sekolah
Persekitaran Sosial Sekolah
Penglibatan Komuniti
Kemahiran Kesihatan Diri
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Perlaksanaan
PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah
dan masyarakat setempat. Dalam pelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan hendaklah
dilaksanakan secara formal atau tidak formal.
Pemantauan dan penilaian
Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam
mencapai objektifnya, pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu
dijalankan. Antara kaedah yang digunakan :
a) Rekod Kesihatan
Murid
b) Rekod Rancangan
Makanan Tambahan
c) Laporan Bulanan
d) Laporan Tahunan
e) Pengiktirafan
kepada Kelas Terbersih
PENGLIBATAN KOMUNITI
Peranana Guru Besar/Guru
Mengambil ukuran berat, tinggi dan membuat
pengesanan awal ‘screening’ penglihatan murid.
Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah
kesihatan serta menunjukkan mereka kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan
rawatan.
Memastikan kebenaran diperolehi daripada ibu
bapa/penjaga sebelum pasukan kesihatan memulakan pemeriksaan/membuat penilaian.
Melengkapkan butir-butir berkenaan dalam buku
rekod kesihatan murid.
Menyediakan bilik bagi menjalankan pemeriksaan
penilaian kesihatan.
Peranan PIBG
Menyokong rancangan kesihatan sekolah.
Mencari/mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan
kos pelaksanaan.
Mempunyai ahli jawatankuasa yang sentiasa bersedia
dan berminat untuk menjayakan program-program sekolah.
Memberi persetujuan sebelum pasukan kesihatan
memulakan pemeriksaan/membuat penilaian.
Mengawas murid ketika pemeriksaan/penilaian
kesihatan dijalankan oleh pasukan kesihatan.
Peranan Pusat Kesihatan
menilai dan mendaftar ubat-ubat dan kosmetik
sebelum dibenarkan untuk pasaran.
perkhidmatan maklumat ubat dan penerbitan.
membuat pemeriksaan mengejut ke atas
mana-mana sekolah.
Peranan Balai Polis
Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar
maklumat berkaitan masalah-masalah kesihatan.
Melaksanakan program-program dan seminar.
Menyimpan rekod dan statistik.
KEMAHIRAN KESIHATAN DIRI
Amalan gaya hidup sihat
Kunci untuk sihat
sepanjang hayat
Faedah gaya hidup sihat
a) Meningkatkan
status kesihatan anda
b) Mengurangkan
risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung,
strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
c) Membuat anda
kelihatan dan berasa lebih baik
d) Membolehkan anda
memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
Pengjagaan kesihatan diri di rumah
Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos
yang disyorkan.
Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat
pusat perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan
sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
Berehat secukupnya.
Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan segera
dapatkan rawatan doktor.
Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya
membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).
Panduan menilai kesihatan diri di rumah
Secara amnya, demam selesema boleh sembuh dengan
sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di
hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
a) Masalah
pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
b) Batuk berdarah
atau kahak berdarah
c) Sakit dada
berterusan
d) Cirit-birit atau
muntah yang kerap
e) Demam berterusan
melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
f) Berkelakuan
tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
g) Rasa pening
apabila berdiri
Pengjagaan mental
Langkah-langkah mudah pengjagaan mental:
a) Mengamalkan cara hidup sihat
b) Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
i. Mengenali
kekuatan dan kelemahan diri anda.
ii. Menyasarkan
matlamat yang boleh dicapai.
iii. Belajar menerima
apa yang anda tidak boleh ubah.
c) Berfikir dengan positif
i. Mengamalkan
bercakap positif pada diri sendiri seperti: “Saya akan, saya boleh, saya akan
cuba,saya juara, saya disayangi, saya menarik dsb.”
d) Buat keputusan secara bijak
i. Ketahui
fakta-fakta yang berkaitan.
ii. Buat
pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.
iii. Libatkan orang
lain yang terlibat dalam membuat keputusan.
PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH
Tujuan
Mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan
sendiri dan menggalakkan amalan mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan
murid-murid.
Mengesan masalah kesihatan seawal yang mungkin
serta membuat rujukan mendapatkan rawatan bagi murid-murid yang berkenaan.
Mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
Aktiviti
Rawatan penyakit-penyakit (cacing, kutu dan
lain-lain)
Rawatan kecemasan
Kawalan penyakit yang berjangkit
Penilaian kesihatan/pemeriksaan perubatan
- Ukuran berat badan dan tinggi
- Ujian awal penglihatan
- Taraf pertumbuhan
- Tabiat, kelakuan
Imunisasi (Tahun I - VI)
- B.C.G., Polio
- Rubella (pelajar perempuan)
Rujukan, rawatan dan susulan
Perkhidmatan
RMT
PROGRAM SUSU SEKOLAH
PERGIGIAN
KANTIN
AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH
OBJEKTIF
Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya
hidup yang berterusan dalam menjalani hidup seharian
Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga
sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan kecerian, serta menghargai kemudahan
yang disediakan
Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi
mencapai kebersihan maksimum
AMALAN
Amalan merupakan satu perbuatan atau perlakuan
yang menjadi kebiasaan dan sentiasa di praktikkan
Amalan juga bermaksud perbuatan yang baik yang menjurus ke arah kebaikan
KEBERSIHAN
Kebersihan adalah keadaan
bebas dari kotoran seperti debu, sampah, dan bau.
Kebersihan juga bererti bebas dari virus,
bakteria, patogen, dan bahan kimia berbahaya.
MATLAMAT
KEBERSIHAN
Menyemai sifat cinta akan kebersihan sekolah
dengan mengadakan gotong-royong membersihan persekitaran sekolah dengan
aktiviti rondaan kelas bertugas
Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan
melalui pendidikan
Meningkatkan rasa tanggungjawab murid terhadap
kebersihan
Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan
mengadakan jadual tugas untuk murid dan guru
Memantau dan menilai keberkesanan program
kebersihan pengadilan yang dibuat berpandukan Borang Penilaian Kebersihan
Melaksanakan tindakan susulan melalui program
penambahbaikan
KECERIAAN
Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid,
warga sekolah, ibu bapa melalui publisiti yang meluas tentang pentingnya mewujudkan
persekitaran yang ceria disekolah.
Melatih murid-murid menyayangi dan menghargai alam
sekitar.
Menimbulkan sifat ingin tahu di kalangan
murid-murid berkaitan nama pokok dalam panggilan biasa dan saintifik serta
niali perubatan yang terkandung.
Melahirkan murid-murid yang cinta akan sekolah
Menceriakan kawasan sekolah dengan membina tapak
semaian dan menjalankan kerja-kerja keceriaan
Melahirkan rasa cinta akan sekolah disamping
menerapkan bertanggungjawab
KESIHATAN
Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan
dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul
Menyedarkan murid tentang bahaya penyakit seperti
AIDS, Hepatitis B dan penyakit berbahaya yang lain
Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti
lawatan, ceramah dan pameran
Menjalankan aktiviti suntikan Anti-Tetanus kepada
murid-murid Tingkatan Tiga
Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap
dan terkini.
PENGURUSAN
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan
penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif
organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola,
memimpin, mengarah dan mengawal.
PERLAKSANAAN
Jadual Kebersihan Kelas
Takwin
-
Gotong-royong
-
Jawatankuasa
AKTIVITI
Amali cara mencuci tangan oleh rakan
sekolah
Penyampaian maklumat kesihatan mengenai denggi
Amali cari
dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes
PERANAN SEKOLAH
Merancang dan melaksana aktiviti tahunan sekolah
mengikut jadual yang telah di tetapkan
Mewujukan
iklim sekolah yang kondusif
Membuat peraturan sekolah berkaitan kebersihan
kawasan sekolah
Pemantauan Kebersihan Bilik Darjah
PERANAN GURU
Menggalakkan serta membantu murid mewujudkan
tabiat kebersihan yang baik
Menggalakkan murid menilai perlakuan sendiri dan
bertanggungjawab memperbaikinya.
Menggiatkan pengalaman-pengalaman hidup dengan
pendidikan kesihatan.
Merancang program dan kempen kebersihan yang
menyeluruh dan komprehensif.
PERANAN MURID
PERKHIDMATAN KESIHATAN
SEKOLAH
KUMPULAN SASAR
Pra sekolah
Tahun 1
Tahun 6 dan
Tingkatan 3
PAKEJ
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan
Kesihatan Sekolah
Perkhidmatan
Pergigian Sekolah
Perkhidmatan
Alam Sekitar Sekolah
TUJUAN:
Mengekalkan
tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui promosi kesihatan,
pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
Mengesan
masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di
sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal
dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.
Menggalakkan
penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan
selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan
BUKU REKOD
KESIHATAN MURID
Buku Rekod
Kesihatan Murid (RKM1) adalah dokumen yang mencatatkan semua maklumat kesihatan
yang diperolehi semasa alam persekolahan.
Mencatatkan
proses pertumbuhan dan perkembangan murid semasa alam persekolahan.
Buku ini di
beri secara percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi setiap murid
sekolah semasa tahun 1 persekolahan.
Ibu bapa
dikehendaki mengisi maklumat murid di dalam buku tersebut dan mencatitkan
kebenaran untuk petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memberi
pelalian kepada anak mereka.
Adalah
penting untuk IBU BAPA dan PENJAGA memahami kandungan yang terdapat dalam RKM 1
sebagai panduan penjagaan kesihatan anak mereka sepanjang masa persekolahan.
Buku ini
disimpan oleh pihak sekolah bagi memudahkan pengawasan kesihatan murid dan akan
diberikan kepada murid sekiranya mereka hendak bertukar sekolah atau menaiki
sekolah menengah.
Seterusnya
buku ini perlu di serah kepada sekolah yang baru untuk simpanan.
Ibu bapa
boleh minta buku ini dari pihak sekolah sekiranya ingin melihat rekod kesihatan
anak mereka.
PENDIDIKAN
KESIHATAN
Pendidikan
kesihatan di sekolah terbahagi kepada pendidikan kesihatan secara berkelompok
dan individu.
Pendidikan
kesihatan secara berkelompok adalah pendidikan kesihatan yang dijalankan
melalui kempen atau kem-kem kesihatan di sekolah. Murid-murid mendapat
pengetahuan melalui pameran, ceramah dan tunjuk cara oleh anggota kesihatan.
Pendidikan kesihatan secara berkelompok mengutamakan masalah kesihatan awam
yang berkaitan dengan golongan murid sekolah contohnya saringan talasemia, 'tak
nak merokok' dan gaya hidup sihat.
Pendidikan
kesihatan individu diberi sebagai khidmat nasihat dan kaunseling semasa sesi
pemeriksaan kesihatan. Isu-isu yang lazim didapati adalah berkaitan dengan
pemakanan, penyakit kulit, kebersihan diri dan lain-lain .
IMUNISASI
KESIHATAN SEKOLAH
JADUAL
IMUNISASI MURID-MURID SEKOLAH YANG DILAKSANAKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA
|
Tahun 1
|
BCG
sekiranya tiada parut
|
Diptheria
dan pertussis
|
Polio
|
Mumps,
measles dan rubella
|
-
|
Tingkatan
3
|
-
|
-
|
-
|
-
|
Tetanus
|
PEMERIKSAAN
KESIHATAN DIRI
Pemeriksaan
kesihatan diri adalah satu pemeriksaan fizikal yang di jalankan oleh Pegawai
Perubatan, Jururawat Kesihatan dan/atau Penolong Pegawai Perubatan semasa murid
berada dalam pra sekolah, tahun 1, tahun 6 dan tingkatan 3
JADUAL
PEMERIKSAAN KESIHATAN MURID TAHUN 1
|
Pemeriksaan
Kesihatan
|
Sebab di
perlukan
|
Pemeriksaan tinggi dan berat
|
Menentukan status pemakanan murid
|
Pemeriksaan mata
|
Mengesan masalah rabun, mata malas yang boleh
mengganggu pencapaian akademik
|
Saringan pendengaran
|
Mengesan masalah pendengaran minima dan sederhana
yang boleh menghalang pencapaian akademik
|
Pemeriksaan jantung dan paru-paru
|
Mengesan masalah penyakit jantung congenital yang
tidak dikenal pasti semasa bayi. Kes-kes yang dikenal pasti akan dirujuk
untuk pengesahan.
|
Pemeriksaan tulang rangka
|
Mengesan kecacatan tulang rangka yang tidak di
kesan semasa bayi
|
Pemeriksaan kebersihan diri
|
Mengesan jangkitan kutu kepala, kudis buta,
masalah kulit untuk di beri rawatan.
|
Pemeriksaan testis
|
Mengesan masalah seperti 'hydrocele' dan
'undescended testis' di kalangan murid lelaki.
|
Pengesanan masalah pembelajaran
|
Menerima rujukan kes dari guru-guru yang
melaporkan murid mempunyai masalah dalam kemahiran membaca, menulis, mengira
dan menaakul. Murid-murid ini seterusnya akan dirujuk ke pakar untuk mendapat
pengesahan masalah dan penempatan pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan
murid.
|
JADUAL
PEMERIKSAAN KESIHATAN MURID TAHUN 6
|
Pemeriksaan
Kesihatan
|
Sebab di
perlukan
|
Pemeriksaan tinggi dan berat
|
Menentukan status pemakanan murid sama ada
mempunyai berat badan unggul, berisiko berat badan atau obes.
|
Pemeriksaan mata
|
Mengesan masalah rabun yang belum dikenal pasti
dan peningkatan rabun di kalangan murid yang memakai cermin mata.
|
Saringan Rabun Warna
|
Dijalankan ke atas murid lelaki oleh sebab
berlaku di kalangan murid lelaki sahaja.
Mengesan masalah rabun warna 'color defect' yang boleh mempengaruhi pilihan
kerjaya murid.
|
Pemeriksaan tulang rangka
|
Mengesan masalah skoliosis di peringkat awal.
Kes-kes yang disyaki akan dirujuk ke hospital untuk pengesahan dan intervensi
awal.
|
Pemeriksaan kebersihan diri
|
Mengesan jangkitan kutu kepala, kudis buta,
masalah kulit untuk di beri rawatan.
|
JADUAL
PEMERIKSAAN KESIHATAN MURID TINGKATAN 3
|
Pemeriksaan
Kesihatan
|
Sebab di
perlukan
|
Pemeriksaan tinggi dan berat
|
Menentukan status pemakanan murid sama ada
mempunyai berat badan unggul, berisiko berat badan atau obes.
|
Pemeriksaan mata
|
Mengesan masalah rabun yang belum dikenal pasti
dan peningkatan rabun di kalangan murid yang memakai cermin mata.
|
Saringan Rabun Warna
|
Sekiranya tidak dilakukan pada tahun 6.
Mengesan masalah rabun warna 'color defect' yang boleh mempengaruhi pilihan
kerjaya murid.
|
Saringan pendengaran
|
Mengenal pasti murid mengalami risiko kepekakan.
|
Pemeriksaan tulang rangka
|
Mengesan masalah skoliosis di peringkat awal.
Kes-kes yang disyaki akan dirujuk ke hospital untuk pengesahan dan intervensi
awal.
|
Saringan Kesihatan Remaja
|
Optional . Tidak dilakukan di semua sekolah. Ibu bapa yang berminat boleh
membawa anak untuk mendapatkan saringan ini di klinik kesihatan yang
berhampiran.
|
|
|
|
MASALAH-MASALAH
KESIHATAN MURID
Antara masalah-masalah
kesihatan yang di kesan di kalangan murid sekolah adalah:
Obesiti
Ketajaman
penglihatan
Rabun warna
Tulang
rangka yang tidak normal
Jangkitan
cacing
Kudis buta
Kurang
pendengaran
PENDEKATAN BERSEPADU
SEKOLAH SIHAT
PENDEKATAN PBSS
Enam teras utama telah digariskan
Bagi mewujudkan satu pendekatan
Bersepadu di antara warga sekolah.
PIBG, sektor awam, sektor swasta,
Badan bukan kerajaan serta
Masyarakat setempat ke arah
Melahirkan sekolah
yang sihat
POLISI KESIHATAN
SEKOLAH
6 teras :
Persekitaran Fizikal Sekolah yang sihat dan selamat
Persekitaran Sosial Sekolah yang sihat dan selamat
Penglibatan Komuniti
Kemahiran Kesihatan
Diri
Perkhidmatan Kesihatan
Sekolah
Teras-teras ini hendaklah diterjemahkan kepada
strategi-strategi dan kaedah pelaksanaan yang lebih khusus agar ianya mudah
difahami dan dapat dilaksanakan oleh semua warga sekolah
Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan
nilai-nilai kesihatan secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal,
mental, psiko-sosial dan kerohanian adalah di antara ciri-ciri yang diberikan
penekanan dan penelitian bagi membangun dan membentuk satu model sihat dan
amalan gaya hidup sihat
PBSS memberi ruang untuk tindakan bersepadu yang
mengambil kira:
Kurikulum sekolah
Keadaan fizikal dan sosial sekolah
Perkhidmatan kesihatan sekolah
Peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan.
Penglibatan semua warga sekolah termasuk
pentadbir sekolah, guru, pelajar, pekerja dan masyarakat setem
MATLAMAT &
FOKUS PBSS
Melahirkan warga sekolah dan persekitarannya yang sihat, selamat dan berkualiti ke
arah pencapaian wawasan negara.
Memberi pengetahuan serta memupuk sikap dan amalan kesihatan yang baik agar setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab
terhadap penjagaan kesihatan
diri, keluarga dan masyarakatmenyediakan perkhidmatan kesihatan sekolah dari
aspek:
Penilaian taraf kesihatan murid
Khidmat rawatan (termasuk rawatan kecemasan), rujukan,
bimbingan dan kaunseling
Pengawalan dan pencegahan kejadian penyakit Mengenal pasti, merujuk dan membantu dalam
penempatan kanak-kanak kurang upaya
OBJEKTIF PBSS
Memastikan agar setiap sekolah dapat:
Menetapkan polisi
kesihatan sekolah.
Memelihara dan menigkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan
selamat.
Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara
hidup sihat.
Meningkat kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam
program kesihatan sekolah
KEPENTINGAN PBSS
Ia mempergunakan model kesihatan holistik yang merangkumi aspek fizikal,mental, sosial
dan persekitaran.
Mempastikan satu persekitaran sekolah yang sihat terbentuk dan membuka peluang kepada
kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat kesihatan
yang baik
Ia menggalakkan penglibatan keluarga dalam
perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan
kanak-kanak.
Ia juga memberi penekanan kepada pentingnya persekitaran
fizikal seperti bangunan, sanitasi, bekalan air dan padang permainan
kanak-kanak yang mempengaruhi kesihatan
kanak-kanak.
Ia juga mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah di dalam membantu suasan
pembelajaran yang positif
Ia menghubungkaitkan sekolah dengan perkhidmatan
kesihatan daerah dan
kawasan bagi menyelesaikan masalah kesihatan
tertentu di kalangan nakan-kanak.
Ia memberi penekanan kepada penglibatan pelajar secara
aktif di dalam kurikulum formal untuk membentuk satu siri pengetahuan dan juga
kemahiranberkaitan kesihatan
OBJEKTIF UMUM
Ia memperkemaskan perseimbangan di antara pendidikan
dan kesihatan di dalam
meningkatkan keupayaan kesihatan
bagi kanak-kanak perempuan dan wanita dalam komuniti.
Ia memberikan satu persekitaran kerja yang menggalakkan
dan positif kepada warga sekolah.
Ia memberi kesempatan kepada sekolah dan masyarakat setempat bagi bekerjasama dalam
Inisiatif kesihatan
yang membawa faedah kepada pelajar, keluarga dan anggota masyarakat
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir program, peserta seharusnya dapat:
Mewujudkan warga sekolah yang faham dan melaksanakan aspek-aspek kesihatan fizikal iaitu kebersihan diri
(gigi, kuku, rambut dan Pakaian) dan Makanan yang sihat
PERANAN GURU
Guru merupakan penggerak utama untuk memastikan
kejayaan program ini.
Penerangan yang jelas mengenai konsep PBSS hendaklah
diberi bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan berkesan aktiviti PBSS
Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara
hidup sihat.
Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan
aktif.
Memberi penerangan kepada Ibu bapa dan mesyarakat
setempat mengenai PBSS.
PROSTAR
PENGENALAN
PROSTAR - ”Program Sihat Tanpa AIDS untuk
Remaja”.
Diperkenalkan oleh KKM dalam usaha
menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja.
Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan
pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan
bukan kerajaan.
Pelancaran program ini telah
disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 24 November, 1996 di Dataran
Merdeka, KualaLumpur.
KONSEP
Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja
Program ini menggerakkan remaja Malaysia
yang berumur 13 ingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah
hidup sihat tanpa AIDS
Menjalankan pelbagai aktiviti yang
melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja
KUMP SASARAN
Remaja berumur 13 hingga 25 tahun yang
terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelajar institusi penggajian tinggi,
remaja lepasan sekolah.
OBJEKTIF
Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan
remaja akan bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan pengawalannya.
Menyemai sikap positif di kalangan remaja
agar prihatin akan masalah HIV yang dikaitkan dengan gejala sosal yang melada
remaja masa ini.
Menggalakkan remaja mengamalkan cara
hidup yang sihat, serta menghindari tingkahlaku berisiko tinggi kepada
jangkitan HIV.
Membentukkan segolongan PRS bagi
mempengaruhi remaja ke arah cara hidup sihat dan menggerakkan remaja agar turut
dalam usaha menentang ancaman AIDS.
Melahirkan segolongan PRS yang berperanan
sebagai sukarelawan khidmat sosial dalam memberi khidmat sokongan kepada
remaja.
TUJUAN
Memastikan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
dapat melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunselinng
STRATEGI
Pengukuhan jaringan kerjasama pelbagai agensi.
Pendekatan komunikasi secara intensif
Promosi
Kelab PROSTAR
Rangkaian kelab PROSTAR
Pengerusan kelab
Rumah kelab
AKTIVITI
Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti
ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan
kilang.
Sesi kaunseling remaja.
Latihan PRS PROSTAR
Menerbit dan mengedarkan newsletter.
Lain-lain aktiviti promosi seperti Laman
Web PROSTAR, Kedai PROSTAR (salun, keropok dan cenderahati
PRS
PENGENALAN
Pembimbing Rakan Sebaya ialah kelab dimana seorang
pelajar dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi.
Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang
berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan
pertolongan.
Program ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah
menengah seluruh Malaysia pada tahun 1987.
TUJUAN
Memastikan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah dapat melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunselinng
PRINSIP
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa,
jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal
FALSAFAH
BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN
VISI
Sistem pengurusan
perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti
MISI
Membentuk dan
melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya
MATLAMAT
Membina budaya
kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar.
Membina pelajar
yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan
kepada Tuhan.
Memupuk
potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa,
rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
Melalui
pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan
peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar
PERANAN
Menjadi rakan
yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
Sebagai khidmat
sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah.
Sebagai salah
satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
Sebagai
penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika
perlu.
Sebagai Role
Model kepada pelajar lain.
Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa
selesa dan berempati
ETIKA
Amanah dan
menyimpan rahsia.
Tahu batasan
dan keupayaan diri.
Menerima dan
menghormati rakan dan orang lain
Mematuhi
peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.
Sentiasa
berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek
Merujuk kes
rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Melapor kepada
Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri
atau orang lain.
PENILAIAN
BENTUK PENILAIAN
Rekod Kesihatan Murid
Rekod Rancangan Makanan tambahan
Rekod Rawatan & Pemeriksaan Gigi
Laporan Bulanan
Laporan Tahunan
Pengiktirafan kepada kelas terbersih
Kuiz kesihatan
TUJUAN PENILAIAN
Mengekalkan tahap kesihatan murid
Promosi kesihatan
Pencegahan penyakit
Rawatan @ rujukan
Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh
menghalang pencapaian akademik
KAEDAH MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN MURID DI
SEKOLAH
Pemberian Immunasasi
Saringan kesihatan
Pencegahan penyakit
Rawatan Ringan dan rujukan ke klinik atau hospital
RANCANGAN
MAKANAN TAMBAHAN
PENDAHULUAN
Tidak bermaksud untuk menggantikan makanan yang
disampaikan kepada seorng murid sekolah oleh Ibu bapa atau penjaganya
RMT bermaksud memberi makanan tambahan iaitu 1/4 –
1/3 daripada jumlah keperluan makanan harian bagi seorng murid harian sekolah
rendah sepenuhnya
Merupakan satu usaha bersepadu dan selaras dengan
usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan
OBJEKTIF
Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang
kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari
segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga
Menyelenggarakan dan mengaplikasikan pendidikan
kesihatan dari segi pemakanan dan penjagaan kesihatan secara tidak lansung.
Memupuk budaya sopan, berdisiplin menjaga
kebersihan diri makanan dan alam sekitar
Menggiatkan usaha sekolah dalam penjagaan
pemakanan murid
PEMILIHAN
Murid yang menunjukkan tanda salah pemakanan
(dipilih oleh pasukan perkhidmatan ksihatan sekolah/guru dan diselaraskan oleh
jawatan kuasa khas di peringkat sekolah)
Murid yang daripada keluarga berpendapatan rendah
(400 ke bawah) dan keahlianya ramai (6 orang dan ke atas).
Rumah jauh dari sekolah
PIHAK PENYEDIA
Guru sekolah
PIBG
Pasukan badan sukarela
Pekerja kontrak kantin
Pekerja upahan
KESAN KEKURANGAN ZAT
Ganggun pertumbuhan fizikal dan mental
Kurang tumpuan
Kemerosotan
Keletihan
MENU